~ Ok, kita sambung balik cerita..hehehe...so sehari before konvokesyen tu perasaan saya sungguh gementar..takut, gembira, cuak, sedih semuanya bercampur....x tahu mna 1 my true feeling time tu....sedar x sedar sy akan bergelar Alumni UMS esok...segulung ijazah akan saya terima setelah sekian lama berhempas pulas belajar dan memerah otak di sekolah rendah, menengah dan universiti. Akhirnya, usaha saya berbaloi juga..Syukur kepada Tuhan...malam sebelum konvo, entah berapa kali saya memakai jubah dan mengayakannya di hadapan cermin..praktis mcm mna etika yg betul untuk menerima scroll...my mom and dad hanya tersenyum melihat gelagat saya...such a lovely smile!! Saya rasa sungguh gembira sebab dapat menjadi salah seorang anak kebanggaan keluarga..terharu melihat wajah mom and dad yg bersusah payah mendidik saya dari kecil sampailah dewasa sehingga saya berjaya mendapat ijazah. My sis is my idol..jika dahulu kakak yg dapat now turn saya pula...masa tu juga saya nekad, saya akan membalas jasa mereka berdua dan akan membahagiakan serta menjaga mereka sampai akhir hayat...Amin....
~ Hari paling bersejarah dalam hidup ( 22hb Oktober 2012 )...awal2 pagi my mom kejutkan suruh bangun dan bersiap2..tambahan pula konvo saya diadakan pada sesi pagi...perasaan makin gementar...debaran di dada usah dikira...rasa mcm nak tercabut jantung...haha..mulut tidak putus2 berdoa semoga segalanya berjalan dgn lancar...sepanjang perjalanan ke Universiti, saya menghabiskan masa melihat pemandangan waktu pagi yang cukup indah di Sabah...melalui Pantai Teluk Likas saya dapat melihat laut yang terbentang luas dengan airnya yang biru dan juga Gunung Kinabalu yang memunculkan dirinya seakan2 mengiringi perjalanan ke Universiti. Teringat akan bilik ku yang betul2 menghadap Gunung Kinabalu..Sungguh indah ciptaan Tuhan...sebaik sahaja masuk ke perkarangan Universiti, jantungku kian berdegup kencang...seram sejuk rasanya melihat dewan yang tesergam indah di tengah2 Universiti..mata pula melilau mencari kelibat rakan2. Bakal2 alumni sungguh cantik dan segak2 semuanya...maklumlah, selepas ini tidak lagi bergelar mahasiswa/i UMS. Para graduan diminta berbaris di belakang dewan mengikut fakulti masing2..sempat lagi saya dan rakan2 bergambar di belakang dewan sebagai kenang-kenangan..macam2 gaya!! hahaha..semua kepala gila2...hehehe....
~ Kemuncak debaran pun tiba...ahli senat dan para graduan diarak masuk ke dalam dewan...Ya Tuhan, betapa nervousnya saya pada waktu itu...di saat masuk ke dalam dewan, mata terus tertumpu pada skrin besar yg terletak di sudut tepi pentas..wajah2 bakal2 graduan di closed-up bagi membolehkan para tetamu melihat wajah anak masing2..tiba giliranku, senyuman dan lambaian diberikan khas untuk my mom and dad..Lagu Negaraku dan Lagu Universiti " Bertekad Cemerlang " dimainkan..dengan penuh semangat saya menyanyi sbb saya tahu ini adalah yg terakhir saya menyanyikan lagu itu bersama2 dgn rakan2 tercinta..masa ini lah perasaan sayu dan sedih menyelinap di segenap lubuk hati...di UMS lah sy banyak belajar erti kehidupan..suka, duka, pahit dan manis saya bersama rakan2 tersayang...terlalu banyak kenangan yg tidak akan saya lupakan sampai akhir hayat nanti...majils penganugerahan ijazah pun bermula...sepanjang menunggu giliran, pelbagai peristiwa lucu yg terjadi sewaktu para graduan yang lain menerima ijzah..banyak gaya dan ragam yg mereka buat di atas pentas...hahaha....now, turn fakulti ku untuk penerimaan ijazah...rakan2 di hadapanku semua sudah resah gelisah...me plak try to relax...lagu " WE ARE THE CHAMPION " dimainkan sewaktu barisan ku menerima ijazah...terasa begitu bersemangat sekali saya berada di atas pentas..jika td bukan main lagi nervous tp bila berada di atas pentas rasa bangga dan gembira pula yang dirasai...di saat saya menyerahkan kad touch and go, nama terus diumumkan. " SANDRA ANAK NUING " dengan penuh semangat dan tenang melangkah menuju ke arah Naib Canselor untuk mengambil ijazah..terasa gementar tanganku di saat memegang skrol.Ucapan TERIMA KASIH DATUK ku ucapkan dan dalam hati tidak putus2 mengucap syukur kepada Tuhan yang Maha Esa...akhirnyaaaa, segulung ijazah berada di dalam genggamanku...MY MOM AND DAD pasti bangga dengan kejayaanku....senyuman paling manis ku lemparkan khas untuk ibu dan ayah yang berada di dalam dewan yang menyaksikan kejayaan anaknya....air mata menitis juga!! Air mata kegembiraan...di saat aku berjalan menuju ke kerusi aku terpandang akan ibu dan ayah yang duduk di barisan hadapan...terpancar kegembiraan di wajah mereka..Ya Tuhan, betapa aku bersyukur kepadamu kerana dikurniakan seorang ibu dan ayah yang begitu baik dan sabar menjagaku selama aku hidup...aku sangat2 bersyukur ya Tuhan..Terima Kasih ya Tuhan...Aku kini bergelar ALUMNI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH..Usai majlis dan menyanyikan lagu negeri Sabah, aku terus berjumpa dgn my parents, rakan2 seperjuangan dan lecturers..sesi bergambar pun bermulaaaa.....macam2 gaya dilakukan.....sesungguhnya aku sangat2 bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa, rakan2 dan pensyarah2 yang begitu baik dan penyayang...bagiku, ini lah moment paling terindah di dalam hidupku...Terima Kasih Ya Tuhan :)
No comments:
Post a Comment