Our Responsibility

Dear People,
Please save our world because that is our responsibility as a " user ". No need to destroy our beloved Earth. Just be grateful before we regret on what we've done...Peace No War ^___^

Friday 30 March 2012

Faktor-faktor yang mempengaruhi penjanaan sisa pepejal


Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penjanaan sisa-sisa pepejal dalam kalangan penduduk rumah panjang terutamanya di kawasan pedalaman yang tidak menekankan aspek pengurusan yang baik dan sistematik. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia. Kajian-kajian yang lepas menunjukkan faktor-faktor seperti gaya hidup, letakkan geografi dan sikap masyarakat adalah penting dalam mempengaruhi penjanaan alam sekitar.
 Kajian yang dijalankan di Iran mengandaikan empat ciri-ciri yang mempengaruhi penjanaan sisa pepejal iaitu isi rumah, status dan kekayaan, letakkan sesebuah rumah dan tahap cosmopolitan ( Coad, 1983 ). Kajian yang dilakukan di wilayah Timur Arab Saudi mendapati ada perbezaan yang ketara di antara dua bandar iaitu Damman dan Dahran. Kadar penjanaan sisa pepejal di Dahran tinggi kerana ianya mempunyai penduduk yang berpendapatan tinggi, berbilang bangsa dan Negara serta berpelajaran ( Hasin U. Khan et al, 1987 ).
Sabarinah ( 1997 ) dalam kajiannya mengenai pngaruh sosio ekonomi ke atas penjanaan sisa pepejal mendapati bahawa pendapatan, isi rumah, dan cara hidup yang mempengaruhi penjanaan sisa perumahan. Walau bagaimanapun, cara hidup yang mempengaruhi penjanaan sisa hanyalah minuman tin dan lampin pakai buang. Oleh hal yang demikian, kajian mengenai ciri-ciri masyarakat amatlah penting dalam mengurangkan penjanaan sisa pepejal. Ciri-ciri yang harus diberi perhatian adalah seperti pendapatan, bilangan isi rumah dan cara hidup. Cara hidup bolehlah dilihat dari aspek kekerapan makan di luar, kekerapan memasak di rumah dan kekerapan mmbuang sampah dalam sehari.
Tchobanoglous et al. (1993) mengatakan bahawa kebudayaan atau adat resam, gaya hidup, iklim, politik, pendidikan dan undang-undang juga mempengaruhi penjanaan sisa pejal di sesebuah kawasan. Menurutnya lagi, faktor geografi dan iklim yang berbeza mempengaruhi jumlah serta tempoh penjanaan sisa pejal. Sebagai contoh, jumlah sisa halaman yang dijana di negara yang beriklim panas adalah berbeza berbanding dengan negara yang beriklim sejuk. Negara yang beriklim panas mengalami tempoh pertumbuhan pokok yang lebih lama maka sisa halaman yang dipungut bukan sahaja banyak malah tempoh penjanaan sisa halaman juga adalah lama (Tchobanoglous et al., 1993).
Keistimewaan sesuatu kawasan mempengaruhi kuantiti penjanaan sisa pejal. Contohnya penjanaan sisa halaman lebih banyak di kawasan perumahan mewah berbanding di kawasan lain. Faktor lain yang mempengaruhi sisa pejal halaman adalah saiz lot, kekerapan penyelenggaraan halaman dan saiz landskap (Tchobanoglous et al., 1993).
Melalui kajian yang dijalankan oleh Jamaluddin Md. Jahi (1996), tabiat pembuangan sampah secara sewenang-wenangnya ke saliran air terutamanya sungai semakin bertambah kerana terdapatnya pertambahan pertempatan di sepanjang sungai dan pinggir pantai. Penduduk yang tinggal di kawasan tersebut terutamanya setinggan seolah-olah menganggap bahawa saliran air dan sungai yang terdapat di belakang rumah mereka sebagai tempat semulajadi bagi mereka membuang sampah.

No comments:

Post a Comment