Our Responsibility

Dear People,
Please save our world because that is our responsibility as a " user ". No need to destroy our beloved Earth. Just be grateful before we regret on what we've done...Peace No War ^___^

Friday, 30 March 2012

MASALAH PENJANAAN SAMPAH DI RUMAH PANJANG


Peningkatan penduduk yang berterusan menyebabkan tahap pembuangan sisa pepejal juga turut meningkat. Pembuangan sisa pepejal tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan yang buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar. Menurut Tchobanouglous ( 1979 ), penjanaan sisa pepejal didefinisikan sebagai aktiviti yang dikenalpasti tidak bernilai lagi untuk dilupuskan. Penjanaan sisa pepejal boleh diukur dalam unit kilogram/orang/hari di mana jumlah sisa pepejal yang dijanakan oleh seseorang individu dalam masa sehari. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2009) mengatakan bahawa penjanaan sampah di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 21,000 tan sehari. Keadaan ini menyebabkan ramai yang bimbang dengan peningkatan sisa pepejal dan tindakan yang sewajarnya harus diambil bagi membendung masalah ini daripada berterusan.
Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metric sehari pada tahun 2001 kepada 19,000 tan metric sehari pada tahun 2005. Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Secara puratanya, seorang warga Negara Malaysia akan menjanakan sebanyak 0.8 kilogram sisa pepejal sehari ( Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2008 ).
Kadar komposisi sisa pepejal adalah berbeza di antara kawasan kerana ia telah dipengaruhi oleh beberapa faktor lokasi, sikap masyarakat, frekuensi pemungutan, cirri-ciri penduduk, sistem perundangan, sosio-ekonomi dan gaya hidup seseorang. Secara puratanya komposisi sisa pepejal isi rumah di Malaysia dimonopoli oleh sisa pepejal dari sisa makanan iaitu sebanyak 45%, diikuti plastik 24%, kertas 7%, logam 6%, kaca 3%, dan sisa pepejal lain sebanyak 15% ( Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2008 )
Penjanaan sisa pejal tanpa pengurusan yang cekap dan sistematik akan menyebabkan sesuatu kawasan tersebut mengalami tahap pencemaran yang tinggi. Oleh hal yang demikian pengurusan yang cekap dan efisyen diperlukan untuk membantu dalam pembangunan sisa pepejal yang baik. Masyarakat haruslah melibatkan diri di dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan misalnya Program Kitar Semula. Secara tidak langsung, pembuangan sampah dapat dikurangkan. Sekiranya tiada kerjasama daripada masyarakat, maka dengan itu, pembuangan sampah yang tidak terurus akan mendatangkan impak yang negatif kepada masyarakat setempat akibat pembuangan sampah yang tidak bersistematik akan menjejaskan kesihatan penduduk dan akan menjejaskan kualiti estetika di kawasan yang terlibat.
Masalah penjanaan sisa pepejal yang semakin meningkat menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal. Keadaan menjadi semakin buruk sekiranya penjanaan sisa pepejal tidak diuruskan dengan sistematik dan betul. Komposisi sisa pepejal yang tidak diuruskan dengan baik akan mengakibatkan pelbagai kesan buruk antaranya seperti pencemaran bau, air dan boleh menimbulkan gangguan terhadap manusia dan haiwan.
Faktor letakkan rumah panjang menjadi salah satu sebab penjanaan sisa pepejal tidak dapat diurus dengan baik. Berdasarkan kepada letakkan geografi rumah panjang di tepi Sungai Rajang maka penjanaan sisa pepejal agak sukar untuk diuruskan dengan baik sehingga menyebabkan penduduknya mengambil jalan mudah dengan membuang sampah ke sungai. Tambahan pula kawasan rumah panjang yang terletak jauh daripada kawasan bandar dan ketiadaan jalan raya menyebabkan tiada pihak datang untuk melakukan pengutipan sampah. Oleh hal yang demikian, pembuangan ke dalam sungai dilakukan sehingga menyebabkan Sungai Rajang akan tercemar.
Sikap masyarakat adalah amat penting di dalam membantu pengurusan penjanaan sisa pepejal dengan lebih baik. Ketidaksedaran dan ketidakpekaan masyarakat akan menyebabkan tahap pencemaran meningkat. Pembuangan komposisi sisa pepejal oleh penduduk rumah panjang di tempat yang tidak dibenarkan terutamanya di sungai adalah merupakan sikap yang tidak bertanggunjawab terhadap alam sekitar.
Frekuensi pemungutan merujuk kepada kekerapan sampah sarap dipungut dan dibuang. Semakin kerap pemungutan sampah dan pembuangan sampah dilakukan maka sisa pepejal juga turut bertambah. Penduduk rumah panjang yang kurang memungut dan membuang sampah akan menyebabkan sampah yang dilonggokkan semakin bertambah dan akan mengundang masalah lain seperti pencemaran bau dan juga gangguan haiwan.
Gaya hidup penduduk rumah panjang yang sudah terbiasa membuang sisa pepejal ke dalam sungai menyebabkan pertambahan kepada pencemaran. Tambahan pula ketiadaan tanah untuk tapak pelupusan menyebabkan penjanaan sisa pepejal tidak diurus dengan baik. Jika dahulu sesetengah kawasan rumah panjang memiliki tapak pelupusan masing-masing namun selepas berlakunya banjir, tapak pelupusan mereka telah runtuh.
Tahap pendidikan penduduk rumah panjang yang rendah juga menyebabkan kesukaran untuk mengadakan program berkaitan alam sekitar. Kebanyakkan penduduk rumah panjang bekerja sebagai petani menyebabkan mereka tidak tahu dan tidak faham akan pentingnya penjagaan alam sekitar. Tambahan pula, letakkan rumah panjan yang jauh di pedalaman menyukarkan program dan kempen berkenaan alam sekitar dijalankan. 
 
Kajian penjanaan sisa pepejal ini dijalankan di kawasan rumah-rumah panjang yang dibina di pinggir Sungai Rajang di Pekan Song, Kapit Sarawak. Tempat kajian hanya tertumpu di Daerah Song, Bahagian Kapit, Sarawak dan penduduk yang tinggal di kawasan empat rumah panjang yang terpilih. Empat rumah panjang telah dipilih untuk melakukan kajian iaitu :
i)             Rumah Nyulang Nanga Temalat, Song
ii)            Rumah Rawing Nanga Beguang, Song
iii)           Rumah Richard Nujong Anak Abit Nanga Beguang, Song
iv)           Rumah Barnabas Nanga Kebiau, Song








No comments:

Post a Comment